Sambungan dari Part 2
Disebabkan ayah Jamal menyayangi Jamal lebih dari kucing yang dibela oleh keluarga mereka, maka ayah Jamal mengajak Jamal ke pusat pameran kereta Proton untuk membeli sebuah kereta baru. Setelah meneliti brochure dan test drvive, maka Jamal telah mengambil keputusan untuk membeli sebuah kereta Proton Satria Meow (Bukan kereta sebenar) atas beberapa faktor iaitu : Dua pintu (sporty katanya), boleh bikin macam2, nampak laju, meter smpi 220km/h so bole lawan BMW, snang cilok2 dan akan menambah kehenseman beliau nanti. Ayah Jamal dengan muka separa kecewa mengeluarkan RM 30K dari poket belakang seluar jeansnya sebagai downpayment kereta itu. Baki akan dibayar masa dapat kereta nanti. Snang kate beli cash la.
Seminggu kemudian, Jamal telah memiliki kereta itu. Perkara pertama yang beliau lakukan ialah pergi ke kedai aksessori utk menggelapkan cermin kereta beliau, menukar lampu HID kaler biru dan bukannya putih kuning, menukar bodykit kereta dan menukar sistem audio kereta.
Seminggu selepas tinted kereta Jamal telah kering dan mantap, beliau menuju ke kedai ekzos berwarna kuning utk menukar sistem ekzos kereta itu. Jamal mahukan bunyi ekzos yang mantap dan padu serta laju. Setelah selesai, Jamal dan rakan2 nya yang beliau kenali di dalam kelab kereta Satria Meow menuju ke Bandar Sunway utk mencari barang2 performance enjin pula. Setelah selesai survey di sana, beliau pulang dan meminta duit dari ayah beliau lagi. Ayah Jamal kemudiaannya memberikan beliau cek xtendang kepada Jamal. Lalu Jamal pun telah mengupgrade keupayaan enjin nya demi ingin mencapai tahap kelajuan 220km/h yang tertulis pada meter birunya.
Perkara terakhir yang dilakukan Jamal ialah menukar sport rim dan sistem suspensi kereta itu. Setelah dirasakan mantap, maka Jamal mengajak rakan2 beliau untuk berlumba untuk mengetahui tahap sebenar kereta Meow beliau itu. Seperti biasa, Lebuhraya Kesus (bukan lebuhraya sebenar) menjadi pilihan beliau disebabkan tol yang agak murah dan jalan lurus yang agak panjang serta boleh menunjuk2 nanti. Lagipun itu je laluan yang tidak BERLUBANG LUBANG dan TIDAK JEM dan terletak di tengah2 Lembah Klang.
Malang xberbau lagi, tupai yang sama tahun lepas telah sekali lagi melintas tidak menggunakan jejantas menyebabkan Jamal terpaksa mengelak tupai itu dan terbabas ke bahu jalan pada kelajuan 214km/h. Mujur Jamal tidak mengalami cedera parah disebabkan beliau hanya melanggar bahu jalan tetapi kereta beliau terpaksa dikorbankan kerana mengalami kecederaan agak parah dan juga kereta beliau telah melanggar sebuah kereta Audi R8 yang sedang cruising di lebuhraya itu (mungkin sengkek nk isi minyak atau tkut kene saman).
Ayah Jamal telah membeli sebuah lagi kereta sama untuk Jamal (2nd hand je) dan segala barang2 performance yang boleh diselamatkan di kereta lama telah dimasukkan ke kereta 2nd hand baru Jamal itu. Disebabkan sudah insaf dan meningkat usia kepada remaja tua, maka Jamal insaf dan sekarang ini Jamal memandu kenderaan secara berhemah.
Beliau telah nekad untuk memandu secara berhemah, mencari seorang awek dan ingin berkahwin. Sebelum mengakhiri cerita ini, sekali lagi, tupai itu selamat.
Mungkin cerita ini agak merepek dan merapu tetapi sebenarnya ada maksud tersirat yang banyak di dalam cerita ini. Jika anda ingin saya huraikan apa maksud tersirat itu, sila komen YA dan jika tidak, komen TAK je la. Mekasehhh
- Shafiq
- Street Crossover Custom