Sambungan dari Part 1
Sebulan selepas Jamal mendapat lesen L motosikal, Jamal telah menghadiri ujian bermotosikal di Pusat Memandu Doraimon. Setelah tiba giliran beliau, beliau telah memandu motosikal di atas trek yang disediakan. disebabkan motor yang ditunggang beliau agak baru, maka brek belakang motor itu tersangat la cengkam. Maka beliau lepas ujian tersebut tanpa menghadapi sebarang masalah. (tidak tahu apa kene mengena brek cengkam, motor baru dan lepas ujian itu). Dan dengan rasminya, Jamal telah mendapat lesen P motosikal.
3 hari kemudian, bapa Jamal dan Jamal telah pergi ke sebuah kedai menjual motosikal untuk membeli motosikal untuk Jamal. Disebabkan Jamal suka mengikut trend semasa, maka beliau telah membeli sebuah motosikal Yamaha 125 LC (Bukan motor sebenar). Pelekat P yang tidak mengikut ukuran JPJ telah ditampal di bawah no plet motosikal itu. Seminggu selepas mendapat motosikal baru, Jamal telah pergi ke kedai menjual aksessori motosikal untuk bershopping barang2 hiasan dan performance motosikal. Antara barang2 yang dibeli atau ditukar ialah no plet kristal belakang, no plet kcik di hadapan, lampu biru di hadapan, sport rim, disc brek besar, camshaft (part di bahagian enjin), block besar dan lain2 lagi.
Setelah selesai bershopping, pada malam yg sama, Jamal dan rakan2 sebaya keluar berjalan2 sambil mencari satu jalan lurus yang sesuai untuk mencuba motor mereka masing2. Jalan yang dipilih ialah Lebuhraya Kesus ( Bukan lebuhraya sebenar). Disebabkan meter di motor beliau menunjukkan sehingga 180km/h, maka Jamal nekad untuk menunggang motor beliau pada kelajuan tersebut atau dalam bahasa permotoran, baring meter sambil diri sndri pun berbaring di atas motor.
Malangnya, malang xberbau, klu berbau msti xkn jadi perkara buruk, Jamal telah terlibat dengan kemalangan disebabkan ingin mengelak tupai yang melintas tidak menggunakan jejantas. Nasib Jamal agak baik kerana tidak mengalami cedera parah walaupun helmet MS 98 (bukan helmet sebenar) yang tidak diikat di kepala pecah lapan dan motor LC beliau mengalami kecederaan sedikit parah tetapi masih boleh dibaiki. Berbalik kepada tupai td, syukur alhamdulillah tupai itu selamat.
Itulah pengalaman pertama dan terakhir Jamal terlibat dalam kemalangan motosikal. Kemudian setelah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 17, Jamal telah merequest sebiji kenderaan pula kepada ayahnya yang garang mcm xgarang itu.
AKAN BERSAMBUNG
- Shafiq
- Street Crossover Custom
kekeke lawak ni.. nak sambung nak sambung
ReplyDelete